Monday, November 22, 2010
Ada Tetapi Tidak Mencukupi.
بسم الله الرحمن الرحيم
Sudah banyak yang telah diberikan.
Namun rasa seakan tidak cukup.
Sudah dianugerahi dengan nikmat yang tidak terkira.
Tetapi masih tetap merasa bahawa ada yang kurang.
Sudah mempunyai apa yang diinginkan.
Namun tidak pernah berhenti meminta.
Dasar manusia.
Kadangkala diri merasa seperti seorang abd yang tidak mensyukuri
Atas segala apa yang dilimpahi.
Saat apa yang diminta belum dikabulkan
Diri ini merasa putus asa.
Saat merasa bahawa segala apa yang menimpa diri
Terlalu berat untuk dipikul sehingga rebah.
Kata- kataMu jua sering menjadi penawar hati:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي
قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
- Surah al- Baqarah: 186.
AyatMu membuat diri ini tahu bahawa Kau dekat.
Kau Mendengar.
Kau Menperkenankan doa HambaMu.
Tatkala itu, keyakinan mula kembali.
Akan terus berdoa dan berdoa.
Kerna ku tahu Kau Maha Mendengar.
Semoga aku, kita semua menjadi seorang hamba yang selalu bersyukur,
di kala doa tidak pernah lekang dari hidup.
She Blogged 12:46 AM