Thursday, August 4, 2011
Hujan.
بسم الله الرحمن الرحيم
Hujan,
Tidak pernah gagal membuat diri merasa gembira.
Hujan,
Juga selalu berjaya membuat minda menerawang.
Tatkala rintik hujan mula membasahi bumi,
Dan wajah mendongak ke ruang angkasa,
Terasa seakan semua yang membelenggu jiwa,
Turut lebur bersama rintik itu.
Alangkah indahnya hujan,
Tiada hairan hati boleh berbunga olehnya.
Terdapat banyak hadith yang berkaitan dengan hujan, doa yang patut dipanjatkan tatkala hujan turun bahkan setelah ia hujan. Mungkin itu adalah isyarat tidak langsung akan kelebihan hujan.
Antara doa- doa tersebut:
- Doa ketika melihat hujan: اللهم صيبا نافعا.
Yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah hujan yang bermanfaat.
- Dzikir selepas turunnya hujan: مطرنا بفضل الله ورحمته.
Yang bermaksud: Kita diberi hujan karena kurnia dan rahmat Allah.
Oleh itu, setiap kali turunnya hujan, selain dari tersenyum sambil berfikir, jangan lupa untuk membaca doa dan dzikir yang telah diajar oleh Rasul kita, Shollallahu 'Alaih Wasallam.
Selamat petang. (:
She Blogged 5:28 PM